SOALAN LAZIM

1. Apakah Battle of The Brains 2009?
Satu-satunya Pertandingan Peperiksaan dalam talian

2. Siapakah yang layak menyertai Battle of The Brains 2009?
Semua pelajar UPSR layak menyertai pertandingan ini.

3. Siapakah yang layak menyertai Battle of The Brains 2009 secara percuma ?
Battle of The Brains 2009 adalah percuma untuk ahli berbayar TUTOR ONLINE dan pelanggan Astro (Satu akaun Astro untuk penyertaan sahaja)

4. Jika saya seorang pelanggan ASTRO bagaimanakah saya hendak mendaftar Battle of The Brains 2009?
Sila layari www.astro.com.my kemudian klik pada ikon Battle of The Brains 2009, dan ikuti arahan selanjutnya

5. Jika saya BUKAN pelanggan TUTOR ONLINE atau ASTRO. Bolehkah saya menyertai Battle of The Brains 2009?
Sudah tentu boleh. Apa yang perlu anda buat ialah Daftar di sini.

6. Bilakah saya boleh mendaftar?
Anda boleh mendaftar 1 hari sebelum tarikh peperiksaan bermula. Penting! Semak emel anda setelah mendaftar. Sila ikuti arahan yang terdapat di dalam emel tersebut. Semasa login kali pertama anda dikehendaki mengkemaskini profil anda sebelum dibenarkan untuk menduduki peperiksaan.

7. Adakah faedah lain yang saya boleh nikmati selain daripada menyertai Battle of The Brains 2009?
Ada. Kami akan berikan akses secara percuma ke Pakej Pembelajaran Dalam Talian Tutor.Com.my selama 2 minggu sebelum tarikh peperiksaan bermula. Ini membolehkan anda membuat ulangkaji dan membiasakan diri dengan soalan-soalan dalam talian Battle of The Brain 2009.

8. Bagaimanakah saya boleh membuat pembayaran?
Anda boleh membuat pembayaran kad kredit, akaun akan diaktifkan sebaik sahaja transaksi kad kredit anda berjaya. Sistem kami akan aktifkannya sebaik sahaja menerima kebenaran daripada pihak bank. Proses pengaktifan akaun dilakukan dalam tempoh masa 24 jam. Bagi pembayaran secara deposit tunai , akaun akan diaktifkan apabila bukti pembayaran diterima. Jika membayar melalui cek, akaun akan diaktifkan selepas cek disahkan.

9. Bagaimana untuk mengetahui yang akaun telah diaktifkan?
Emel akan dihantar kepada anda. Sila ikuti arahan yang terdapat di dalam emel tersebut. Semasa login kali pertama anda dikehendaki mengkemaskini profil anda sebelum dibenarkan untuk menduduki peperiksaan.

Anjuran Bersama: Dengan Kerjasama: Penaja: