Syarat dan Terma Pertandingan
Syarat Pertandingan
- Penyertaan terbuka kepada semua pelajar yang menduduki peperiksaan Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) atau Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009.
- Penyertaan percuma kepada semua pelanggan Pakej Pembelajaran Tutor Online dan pelanggan Astro
- Pelanggan Astro perlu mendaftar dahulu di laman Kampus web Astro (www.astro.com.my) sebelum menyertai pertandingan ini.
- Semua peserta perlu mengakses peperiksaan ini melalui sambungan internet pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.
- Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang permasalahan gangguan rangkaian, sambungan internet mahupun komputer dan aplikasi komputer pihak peserta semasa pertandingan sedang dijalankan. Adalah menjadi tanggungjawab pihak peserta sendiri untuk memastikan rangkaian, sambungan internet mahupun komputer dan aplikasi komputer berfungsi sebagai persediaan sebelum menduduki peperiksaan.
- Pihak penganjur berhak untuk menjadual semula Battle of The Brains, bila dan jika dirasakan perlu dengan notis pemberitahuan kepada peserta melalui makluman di laman web dan emel.
- Dengan menyertai pertandingan ini peserta faham dan bersetuju bahawa peserta akan menerima bahan-bahan promosi dan pemasaran pihak Penganjur dari masa ke semasa.
- Peserta faham dan bersetuju untuk memberikan kebenaran dan hak tapi bukan obligasi kepada pihak Penganjur untuk menggunakan dan memaparkan nama, gambar, penyataan, testimonial, dan bahan-bahan temubual pemenang dalam media cetak mahupun elektronik tanpa sebarang tuntutan komersil.
- Peserta faham dan bersetuju untuk melepaskan pihak Penganjur, sekutunya, kakitangan dan agennya daripada sebarang kos, tanggungan dan liabiliti akibat daripada kecederaan, kehilangan, kerosakkan yang berkaitan dengan pertandingan ini dan hadiah yang dimenangi.
- Keputusan pertandingan adalah muktamad, sebarang pertanyaan dan aduan tidak akan dilayan.
-
Hadiah kemenangan akan diberikan berdasarkan perkara berikut:
3 tempat teratas untuk pusingan terakhir iaitu peserta yang memperolehi markah yang tertinggi. - Peserta tidak dibenarkan untuk mengulang peperiksaan Battle of The Brains.
- TIDAK ADA masa tambahan akan diberikan kepada peserta untuk menyertai pertandingan ini.
- Penganjur berhak untuk mengubah syarat dan terma pertandingan pada bila-bila masa tanpa persetujuan terlebih dahulu daripada peserta.
- Akses percuma mula diberikan selama DUA MINGGU sebelum tarikh peperiksaan bermula kepada peserta Astro dan pelanggan berbayar Battle of The Brains. Sekiranya peserta Astro dan pelanggan berbayar Battle of the Brains berdaftar lewat dari tarikh mula akses percuma, maka tempoh akses percuma bermula dari tarikh sah daftar hingga tarikh peperiksaan bermula.
PENAFIAN:
PIHAK PENGANJUR BERHAK UNTUK MENGUBAH ATAU MENUKAR MANA-MANA KANDUNGAN LAMAN WEB PADA BILA-BILA MASA ATAU KEADAAN YANG DIRASAKAN PERLU. ADALAH MENJADI TANGGUNGJAWAB PESERTA UNTUK MENGETAHUI MENGENAI PERUBAHAN TERSEBUT. PIHAK PENGANJUR TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG (A) PERMASALAHAN TEKNIKAL, GANGGUAN ATAU MASALAH KEROSAKAN PENYERTAAN DI LUAR BIDANG KUASA PENGANJUR ATAU (B) SEBARANG KESILAPAN CETAKAN DAN TIPOGRAFI BAHAN-BAHAN YANG BERKAITAN DENGAN PERTANDINGAN INI











